Thursday, February 24, 2011

Kambing jadi penjaga rumah di China

Kambing putih ini menjadi penjaga rumah di China
Seorang lelaki China mengatakan bahawa dia telah melatih kambing peliharaannya untuk melakukan trik agar boleh menjadi anjing penjaga.

Zhao Huaiyun mengatakan bahawa kambing unik berusia 20 bulan tersebut akan berkelahi dengan anjing jalanan untuk melindungi rumahnya di Mianzu, barat daya China Sichuan.

Dia pun mengatakan bahawa binatang tersebut juga selalu mengingatkannya untuk mengangkat telefon ketika dia berada di luar rumah dan tidak mendengar suara telefon berdering.


"Binatang itu sangat cerdas. Dia suka menari dengan saya, dia juga boleh berjabat tangan dengan tamu," ujar Zhao.

"Ketika dia mendengar suara telefon saya berdering, dia terus berlari ke arah saya, meletakkan kakinya ke tangan saya, dan terus mengembik hingga saya mengangkat telefon itu," lanjutnya.

"Terkadang anjing tetangga lari kerumah saya dan cuba mencuri makanan, kemudian kambing saya akan menghalanginya dan mengusirnya. Jika dia tidak boleh menang dalam perkelahian, dia akan lari masuk ke dalam rumah dan minta bantuan saya," katanya.





sumber